AKU RINDU AYAH
Salam...

tengah aku study road and pavement..sambil-sambil tu aku layari laman komuniti ukhwah..dalam melayari tu aku singgah dekat satu forum..yang bertajuk "pernahkah hilang orang yang tersayang.." dan aku dapat idea untuk kongsikan dalam blog ini..

Masa aku tingkatan 4 aku telah kehilangan seseorang yang amat penting dalam hidup aku iaitu ayah tercinta yang telah dijemput oleh Allah s.w.t. Masa tu baru 10 hari umat islam mula berpuasa...

aku anak yang paling rapat dengan arwah ayah..setiap malam sebelum tidur ayah akan suruh baca berita yang menarik dalam surat khabar(maklumlah ayah aku tak tahu membaca)..dan benda aku tak akan lupakan ialah apabila aku nak exam lepas sembayang ayah akan mengusap kepala aku...

ayah aku seorang yang tegas tetapi sebenarnya dia seorang yang penyayang..dia nak anaknya berjaya dalam pelajaran..ayah berkerja siang malam untuk aku dan adik-beradik aku bersekolah..baginya biarlah anak-anaknya dapat menjejakkan kaki ke universiti..dan sekarang semua anaknya telah mereliasasikan impiannya...

kakak aku sekarang telah menjadi doktor di sebuah hospital...aku sekarang tinggal sem last dan insyaallah lepas ni keluar akan jadi seorang Quantity surveryor..adik aku yang no 3 dalam keluarga menuntut di sebuah ipta dalam bidang perakaunan..dan insyaallah lepas ni akan menyusul adik-beradiku yang lain..nampaknya Allah dah menerima doanya...

Sebenarnya apa yang berlaku ada hikmahnya...
sebelum ayah dijemput Allah..dalam tahun yang sama aku mendapat tawaran ke MRSM tapi ayah berkeras menyuruh aku menolak tawaran tu..aku berasa kecewa sangat masa tu tapi selepas ayah meninggal dunia baru aku perasan..kalau aku terima tawaran tu mungkin family aku tak dapat support aku sebab yuran yang agak mahal...

Dan kalau nak ikut sebenarnya ayah aku tak membenarkan anak-anaknya terlibat dalam sektor pembinaan kerana baginya bidang ini paling mudah berlaku rasuah tapi aku telah melanggar arahannya..aku mengambil ukur bahan iaitu bidang yang paling mudah terpengaruh dengan rasuah dalam sector pembinanan..tapi aku telah tetapkan dalam hati ini bahawa aku nak buktikan bahawa pandangan tu tak betul..aku akan mengelak pekerjaan aku dari rasuah....

itulah ayah yang aku kenal seorang yang tegas,penyayang dan bertanggungjawab..sampai sekarang aku rindukan ayah..setiap kali aku membaca surat khabar aku akan ingat memori aku bersama ayah..kalau ayah tak faham apa aku baca..ayah akan suruh aku ulang semula..kalau ingatkan balik nak tergelak pun ada...

walaupun aku masih rasa tidak puas bersamanya tapi nak buat macam mana Allah lebih menyayanginya..aku akan sentiasa ingat dia dihatiku..hanya doa dan al fatihah yang menjadi utusan rindu sekarang...

Dialah Ayah yang hebat aku jumpa di Muka bumi ini...
syukur kepada Allah kerana mengurniakan Ayah yang terbaik di dunia ini...

aku berpesan pada aku dan kau orang...
jangan sia-siakan hidup ayah,mak,adik-beradik selagi dia ada disisi anda..kalau berada jauh dari dia orang rajin-rajinlah telefon mak dan ayah..kalau hari-hari pun tak apa..bagi sesetengah orang kata kalau telefon mak hari-hari anak mak lah,manjalah, x boleh hidup berdikari lah..tapi bagi aku lantaklah apa dia nak kata asalkan aku tak melepaskan hanya sekali peluang untuk menyayangi ayah dan ibu dan selepas ini kalau dia dah tak ada disisi kita baru kita nak menangisinya memang dah tak ada gunanya lagi...

Aku rindu Ayah...
Aku sayang Ayah...
Kau sentiasa dihatiku..
Kau lah inpirasiku...


Al fatihah...

wsalam...

Alamin 313
1 Response
  1. pak, anton Says:

    SAYA PAK,ANTON INGIN BERBAGI CERITA KEPADA KALIAN SEMUA ,dulunya sy seorang guru honor yg hidup susah dan banyak hutan ,krn gaji yg tdk cukup untuk menghidupi ke luarnga sy ,ahirnya sy coba untuk menghubungi AKI MUPENG dan dgn senang hati AKI mau membatu sy untuk memberikan angka hasil ritualnya ,dan angka yg diberikan AKI MUPENG benar-benar terbukti tembus dan saya mengucapkan banyak terimakasih kepada AKI MUPENG yang telah menolong saya dalam kesulitan ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama AKI MUPENG dan dengan senang hati AKI MUPENG mau membantu saya..,ALHAMDULILLAH nomor yang dikasi AKI MUPENG semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungiya jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi AKI MUPENG DI nomor 0852 9445 0976 ,INI KISAH NYATA DARI SY TEMAN” ,terima kasih


Post a Comment

  • followers

    sembang santai


    ShoutMix chat widget

    Fikirkanlah.......

    About Me

    My photo
    Nama yg diberi oleh ma dan ayahku Mohd Al Amin. Menggunakan Nama pena Alamin 313 dalam blog2 dan laman sosial.Masih menuntut di uitm seri iskandar dalam course Quantity surveyor(insyaallah ni sem last aku).Minat dalam menulis terutama untuk isu semasa dan sukan.sebab tu setiap malam sebelum tidur ade 3 benda yg akan aku buat iaitu tengok berita yg blh menarik perhatian dalam akhbar online(Utusan Malaysia), ziarah blog2 member aku dan yang tak akan lupa lihat post dan forum terbaru di facebook,portal komuniti ukhwah dan iluvislam...