BAB 1-ILLUMINATI: Bersembunyi Disebalik Segala Peristiwa Silam
PENGENALAN:

I - Mengenali Sejarah


*beri perhatian kepada tulisan atau istilah yang dihitamkan dan disendengkan kerana ia akan berkait dengan tajuk-tajuk seterusnya.
*bab ini hanya menceritakan sesuatu subjek secara ringkas tanpa huraian yang mendalam kerana akan dikembangkan dalam bab-bab seterusnya.

TIDAK ramai daripada kita menyedari mengenai realiti bahawa politik dunia hari ini berada di bawah kuasa pemerintahan golongan penyembah syaitan yang mengadakan konspirasi sejak zaman berzaman melalui gabungan pertubuhan-pertubuhan rahsia atau secret societies.

Sejarah kewujudan dan kelahiran secret societies bermula seawal pemerintahan raja-raja Mesir purba (firaun) yang mengambil masa ribuan tahun dahulu. Ia bermula dengan sejarah pemerintahanFiraun Horus yang lebih dikenali dalam catatan hieroglif Mesir purba sebagai Tuhan Matahari atau Sun God.

Menurut catatan purba, Horus dilahirkan permaisuri Mesir benama Isis ketika matahari sedang naik (menurut sumber lain, nama Isis sebelum ditabal menjadi permaisuri ialah Merri) Horus dikatakan lahir pada tarikh 25 haribulan pada bulan terakhir mengikut Kalendar Matahari. Apabila dirujuk kitaran pusingan bumi semasa kelahirannya, catatan astronomi Mesir purba pula merekodkan, kedudukan tiga bintang yang dinamakan hari ini sebagai The Three Kings pada tarikh Horus dilahirkan berada pada bacaan 135 darjah daripada bintang Sirius. Manakala kedudukan matahari pula berada pada bacaan 315 darjah daripada Sirius jika dilihat dari bumi. Bumi pula berada pada bacaan 315 darjah dari Matahari. Dan kedudukan itu selari dimana Three Kings, Sirius, Matahari dan Bumi berada di satu garisan yang sama. Kenapa fakta seperti itu diketengahkan, akan dijelaskan nanti.

Berdasarkan catatan purba, Horus yang mempunyai pengetahuan dalam ilmu sihir dikatakan banyak mengetuai peperangan dalam meluaskan empayar dan salah satu daripada peperangan itu menyebabkan mata kirinya buta walaupun Horus akhirnya memenangi pertempuran. Disebabkan salah satu matanya menjadi buta, Horus digelar One-Eyed Sun God oleh golongan elit istana dan rakyat Mesir.

Juga dicatatkan, Horus akhirnya berjaya digulingkan selepas dibelot dan disalib manakala badannya dikerat-kerat sehingga darahnya memancut keluar. Horus juga dikatakan tidak mati tetapi berada dalam matahari dan sedang memerhati manusia sehingga ia kembali semula ke bumi untuk menjadi raja semula.

Perjalanan sejarah Horus jika dilihat secara kasar mempunyai persamaan dengan perjalanan riwayat Jesus atau Nabi Isa menurut kepercayaan Kristian hari ini. Horus dikatakan lahir pada hari ke-25 pada bulan terakhir mengikut Kalendar Matahari, manakala Isa pula menurut kepercayaan Kristian hari ini dikatakan lahir pada 25 Disember mengikut Kalendar Masehi (Gregorian/After Death atau A.D). Kedudukan Three Kings, Sirius, Matahari dan Bumi juga berada pada bacaan yang sama. Isa juga dikatakan disalib sebagaimana Horus.

Ini bukanlah untuk menimbulkan perbalahan agama, tetapi mengapa wujud persamaan ini dalam catatan sejarah. Mengikut sejarah Kristian, Jesus akhirnya disalib dan dibunuh oleh penguasa Rom selepas menerima hasutan daripada golongan Yahudi yang memusuhinya melalui bantuan pembelot Judas Escariot selepas menerima rasuah wang 30 Derham.

(Kita sebagai umat Islam percaya kenyataan yang sebaliknya dengan berpegang teguh kepada kalimah Allah dalam Quran iaitu Isa ditemani Jibrail dan diangkat ke langit oleh Allah beberapa ketika sebelum Judas (Yahudza) dijelmakan seperti Isa dan disalib menggantikan Isa)

Bangsa Yahudi mempunyai kisah yang panjang dalam sejarah manusia melalui sekuel-sekuel yang berpanjangan. Bangsa ini wujud dalam setiap sejarah tamadun manusia. Mereka wujud dalam sejarah Mesir, juga wujud dalam sejarah Babilon, begitu juga dalam sejarah Rom, sama juga dalam sejarah Yunani. Sejarah mereka cukup panjang. Perjalanan hidup bangsa itu bukan sahaja direkodkan oleh penulis-penulis mereka sendiri melalui buku-buku sejarah bangsa mereka, malah turut direkodkan dalam Quran dan kitab-kitab Allah yang terdahulu melalui kisah-kisah kenabian sebelum Muhammad.

Pertama, kita pergi semula kepada sejarah Mesir. Masyarakat Mesir mempunyai kepercayaan yang mendewakan manusia, mempercayai firaun adalah tuhan. Tetapi kita jangan lupa, politik Mesir purba juga banyak dipengaruhi ahli sihir yang terlibat sama dalam pemerintahan Mesir. Kisah ahli sihir firaun juga diceritakan secara terpeinci dalam Quran, kisah dalam Quran mengenai firaun adalah lebih detail berbanding daripada kisah firaun dalam Bible Old Testament. Namun Quran tidak menjelaskan nama firaun yang memerangi Musa, Quran hanya sekadar menamakan raja itu sebagai firaun.


Ketika pemerintahan Horus (juga tiada bukti kukuh untuk mengaitkan Horus dengan firaun yang memerangi Musa kerana tidak diceritakan dalam Quran mengenai identiti firaun yang dimaksudkan secara jelas) Ketika pemerintahahan Horus, bangsa Yahudi telah lama menjadi hamba kepada golongan istana dan juga menjadi hamba kepada tukang-tukang sihir. Bani Israel ini hidup dalam keadaan tertindas. Namun sebahagian Bani Israel ini menerima kepercayaan bahawa firaun itu adalah tuhan, pada masa yang sama mereka bekerjasama dengan tukang-tukang sihir dalam menjayakan cita-cita Horus mempeluaskan empayar Mesir dan seterusnya menguasai dunia.

Lama kelamaan, amalan sihir ini menjadi darah daging sebilangan golongan Yahudi ini dan mereka juga yakin dengan kepercayaan bahawa firaun itu adalah tuhan yang menguasai sekelian alam kerana syaitan boleh memberi setiap kemahuan mereka asalkan mereka mengaku bahawa syaitan itu adalah tuhan mereka, mereka juga diperdaya syaitan bahawa Tuhan (Allah) tidak menurut kemahuan mereka sebagaimana syaitan memenuhi segala yang mereka inginkan termasuk kekayaan dan kuasa politik. Pada masa yang sama, Yahudi satanis ini juga tahu Allah itu tuhan sebagaimana ajaran nabi-nabi terdahulu seperti Ibrahim (Abraham) dan Ishak (Isaac). Namun mereka lebih menginginkan kekuasaan dan kemewahan dunia seperti dijanjikan syaitan melebihi ujian di dunia jika menurut perintah Allah. Semasa zaman kenabian Musa, mereka juga tahu Musa itu benar tetapi menafikannya.

Dalam Islam, sihir mempunyai kaitan rapat dengan amalan penyembahan syaitan kerana ia adalah ilmu syaitan dan manusia diharamkan untuk mendekati pengetahuan itu. Secara langsungnya, agama Mesir purba ada kaitan dengan amalan sihir dan merupakan penyembahan mutlak kepada syaitan. Horus juga mengikuti ritual-ritual bersama tukang sihir, dan amalan sihir digunakan untuk mengukuhkan kekuasaan politik dan senjata untuk memperluaskan empayar Mesir bagi tujuan menakluk dunia. Namun kuasa sihirnya berjaya dipatahkan oleh musuh ketika dalam peperangan sehingga menyebabkan mata kirinya buta. Disebabkan kesungguhan Horus untuk menakluk dunia, golongan Yahudi yang turut sama menyembah syaitan ini bertekad merancang untuk menghidupkan semula Horus melalui perantaraan syaitan (walaupun terpaksa mengambil masa yang lama).

Golongan Yahudi ini terus mengamalkan penyembahan syaitan secara turun temurun melalui keturunan-keturunan keluarga mereka sehingga ke zaman firaun-firaun seterusnya, bahkan terus wujud sehingga berakhirnya zaman firaun dalam politik Mesir.

Golongan ini sedar bahawa mereka perlu mengembangkan agama syaitan mereka untuk mencapai cita-cita mengembalikan Horus. Mereka menyelinap masuk ke puak-puak Yahudi yang lain (bangsa Yahudi ada 12 puak) dan mengembangkan fahaman mereka. Mereka terus menyembah syaitan untuk mendapatkan kuasa dan pengaruh melalui sihir.

Mereka memasuki Assyria, Babilon, Rom, Greek dan serata dunia sejak zaman berzaman. Yahudi penyembah syaitan ini memasuki Babilon dan bekerjasama dengan Babilon untuk menjadikan Yahudi di Jerusalem sebagai tawanan perang dan dibawa ke Babilon dijadikan hamba pada tahun 536SM. Strategi ini dibuat bagi melupakan bangsa Yahudi mengenai ayat-ayat Allah. Mereka merancang bersama Babilon untuk menawan Jerusalem, merampas kekayaan Jerusalem dan mengubah kitab-kitab Allah bagi menjayakan agenda mereka. Begitu juga yang berlaku semasa zaman kenabian Isa. Mereka wujud dalam hampir semua peristiwa di pentas sejarah manusia dan sejarah dunia.

Penentangan mereka kepada agama Allah adalah disebabkan ajaran Tauhid menyembah Allah secara total dan menyedarkan manusia mengenai musuh yang sebenar, iaitu syaitan. Disebabkan syariat agama Allah melalui nabi-nabi terdahulu yang menyedarkan manusia mengenai tipu daya syaitan, maka mereka berusaha melenyapkan ajaran Tauhid. Pada masa yang sama memperluaskan agama syaitan mereka ke seluruh dunia.

Semasa kenabian Muhammad, agenda mereka terus berjalan dan nabi Muhammad menyedari agenda itu. Muhammad pernah berpesan kepada sahabat-sahabatnya mengenai bahaya ancaman golongan itu dan ia adalah ancaman Dajjal dan pengikut-pengikutnya yang menyembah syaitan.

Hari ini, penyembah syaitan ini sudah hampir kepada perancangan terakhir mereka untuk menghidupkan semula Dajjal yang bermata satu, Horus atau One-Eyed Sun God. Bukti perancangan dan agenda mereka berada di sekeliling kita tanpa semua di kalangan kita sedar. Penyembah Allah (umat Islam) kini dihujani pelbagai fitnah, dituduh sebagai pengganas dan sebagainya, ia adalah ancaman fitnah pengikut dajjal (penyembah syaitan) seperti yang pernah dipesan oleh Muhammad pada lebih 1400 tahun lalu. Islam yang merupakan satu-satunya agama Allah yang masih mendokong Tauhid terus ditentang habis-habisan dan cuba disesatkan sebagaimana ajaran-ajaran Tauhid terdahulu.

Kata-kata Muhammad terbukti benar. Penyembah syaitan ini berlindung di sebalik pertubuhan-pertubuhan rahsia yang berada diseluruh dunia, mereka bersatu di bawah agenda besar Illuminati & The New World Order bagi mencapai cita-cita kedatangan Messiah (al-Masih) yang mereka percaya iaitu Dajjal (Ad-Dajjal al-Masikh) dan menidakkan kehadiran al-Mahdi yang sebenar yang diutuskan Allah dan memerangi al-Mahdi Islami.

Perang akhir zaman akan kelihatan seperti peperangan antara Yahudi, Nasrani yang memerangi Islam tetapi ia sebenarnya adalah perangan antara Islam memerangi angkatan syaitan yang bekerjasama dengan Yakjuj Makjuj. Ia kelihatan seperti Islam berperang dengan Yahudi/Nasrani kerana Illuminati memperkuda dan berselindung di sebalik dua agama itu dalam menjayakan agenda jahat mereka.

Setiap kekecohan dan perjalanan dunia yang berlaku hari ini ada perancangnya, cuma satu kumpulan yang merancangnya, mereka juga merancang seluruh sejarah dunia dengan bantuan syaitan supaya kita berfikir bahawa setiap sejarah itu berlaku secara kebetulan, tetapi sebaliknya ia dirancang dengan sangat licik oleh generasi-generasi satanist. Sesungguhnya tipu daya syaitan itu sangat halus..

Semua ini bukan satu teori kosong semata-mata, terdapat bukti yang akan dihujahkan bagi menyokong setiap bukti dan tanda-tanda yang ada. Sesungguhnya, kedatangan kiamat itu benar, ujian Dajjal itu benar. SESUNGGUNNYA ALLAH LEBIH MENGETAHUI SETIAP APA YANG TERAHSIA DI LANGIT DAN DI BUMI. Penulis hanya berusaha menyampaikan segala pengetahuan untuk dikongsi bersama saudara seagama bagi melihat kebangkitan semula umat Islam pada hari ini.

Berpeganglah dengan kalimah iman: Aku bersaksi tiada Tuhan selain Allah, Muhammad itu Rasul Allah.

dan

Ajarlah generasi kita supaya memberi salam kepada sesama Muslim, mentaati perintah Allah, berzakat untuk kebajikan Islam, menghormati orang tua, mematuhi mentaati ibu bapa, menuntut ilmu, menjadi bijak, tidak kufur dan paling utama mengenali kebenaran Tauhid kerana ia akan membebaskan diri kita daripada segala kekeliruan dan menemukan kita kepada setiap jawapan.

sumber: http://konspirasi-teoris.blogspot.com/

AlAMIN 313

wsalam...
The Arrivals(siri 1-intro)
salam,

PART 1

Asas Ketibaan Dajjal...



Dalam part ni akan menceritakan siapa disebalik tabir dalam menghasilkan dokumentari "The Arrivals" dan asas ketibaan dajjal...

wsalam
Kedatangan Dajjal...adakah kita dah bersedia...?
salam....

akhirnya aku akan menulis satu topik yang agak berat kali ni...pertama kali aku mengucapkan terima kasih kepada sahabat ku Mustaffa Bukhari yang bagi aku video sebanyak 50 episode yang bertajuk "The Arrivals"...

Dalam dokumentari ringkas yang menceritakan tentang DAJJAL yang setiap episode berdurasi 10 minits..video ini boleh di dapati di laman Youtube dan aku dengar cerita video ini telah beberapa kali di buang oleh pihak Youtube tetapi mereka tak pernah berputus asa untuk menyebarkan video ini...

Dalam setiap episode segala persoalan kau orang akan terjawab seperti siapa Bush sebenarnya,apa kaitan Bush dengan Pemaisuri Britain,kejadian 11 september dan motifnya,apa kena mengena firaun dengan Dajjal,tentang masjid Al-Aqsa,dan byk lagi info yang akan kau orang akan dapat...

tapi menariknya video diulas dengan baik setiap episode dan sampai satu masa aku terfikir adakah aku ni bersedia untuk berdepan dengan musuh utama kita "DAJJAL"..

video ini telah membuka minda aku dan menyedarkan tentang diri aku yang kita sebenarnya telah ditawan musuh....

aku akan berusaha untuk memasukkan semua episode dalam blog aku ni pada tulisan yg akan datang...
selaras dengan apa yang telah dicakapkan pembuat doumentari ini..

"tolong sebarkan video ini..kalau anda mampu anda buat satu doumentari yang lebih hebat daripada yang saya buat.."

itu lah kata-kata orang yang membuat dokumentari ini...

tapi aku nak beritahu video ini lebih hebat daripada KL DRIFT 2 yg sedang ditayangkan...

ko orang tengok sampai habis video ni..jangan tengok separuh kerana pada akhir episode satu kesimpulan yang sangat menarik telah dibuat oleh orang yang membuat dokumentari ini.....

dan aku sangat berharap...
"ayuh lah kita sesama umat islam bersatu..lupakan segala fahaman politik kerana disebabkan politik kita berpecah belah(ini telah dinyatakan dalam dokumentari yang menyebabkan punca utama islam berpecah belah disebabkan politik)..tak ada masa lagi..kita perlu bina satu kekuatan umat islam yang sekuat zaman dahulu yang boleh menggegarkan dunia....dan para ilmuan dan golongan cerdik pandai jangan terlalu ikut akan ideologi yang dibawa barat...dan janganlah kita terlalu taksub dengan hal dunia sampai secara kita tidak sedar yang kita telah ditawan musuh....."

wsalam...
dari aku....
Lamakah Kita di Kubur ?
www.iluvislam.com
Dihantar oleh: saya anda
Editor: arisHa27


Awan sedikit mendung ketika kaki kecil Yani berlari-lari gembira di atas jalanan menyeberangi kawasan untuk ke tanah perkuburan. Baju merahnya yang besar melambai-lambai di tiup angin. Tangan kanannya memegang ais krim sambil sesekali mengangkatnya ke mulut untuk dijamahi. Sementara tangan kirinya digenggam erat oleh ayahnya.

Yani dan ayahnya memasuki kawasan tanah perkuburan menuju ke pusara neneknya. Kemudian mereka duduk di atas tembok nisan yang bercatatan;


Hjh Aisyah Binti Marlia 19-10-1915 : 20-01-1965


"Nak, ini pusara nenekmu. Mari sayang...kita berdoa untuknya"

Yani melihat wajah ayahnya, lalu meniru gaya tangan ayahnya yang diangkat ke atas dan dia ikut memejamkan mata seperti ayahnya. Dia khusyuk mendengar ayahnya berdoa walaupun dia masih belum mampu memahami sepenuhnya setiap baris doa yang dititipkan oleh ayahnya itu.

"Ayah, nenek meninggal semasa umur 50 tahun ya?"

Ayahnya mengangguk dan tersenyum sambil memandang pusara ibunya.

"Hmm, bererti nenek sudah meninggal 45 tahun ya, Yah?" Kata Yani sambil lagak matanya mengira dan jarinya menghitung.

"Ya, nenekmu sudah di dalam kubur selama 45 tahun sayang... "

Yani menoleh kepalanya dan memandang sekelilingnya. Banyak pusara di sana . Di samping pusara neneknya terdapat pusara tua yang sudah berlumut.


Muhammad Zaini 19-02-1882 : 31-01-1910



"Hmm.. Kalau yang itu sudah meninggal 100 tahun yang lalu ya Yah?", jarinya menunjuk nisan bersebelahan pusara neneknya itu.

Sekali lagi ayahnya mengangguk dan tangannya mengusap kepala anak tunggalnya itu.

"Ya nak. Benar katamu sayang. Mengapa?" tanya si ayah sambil menatap mata anaknya yang redup.

"Hmmm, semalam ayah beritahu jika kita meninggal dan banyak dosa. Kita akan diseksa di kubur. Iya kan yah?" kata Yani sambil meminta persetujuan ayahnya.

Ayahnya tersenyum dan menggangguk.

"Benar, lalu?" tanya si ayah meminta penerangan si anak.

"Iya... Kalau nenek banyak dosanya, bererti nenek sudah diseksa 45 tahun di kubur ya ayah? Kalau nenek banyak pahalanya, bererti sudah 45 tahun nenek bahagia dikubur. Betul tak ayah?" mata Yani bersinar ingin tahu.

Ayahnya tersenyum, namun sekilas menampakkan keningnya yang berkerut dan perasaannya yang cemas.

"Iya nak, kamu pintar sayang," kata ayahnya pendek.

Pulang dari tanah perkuburan, ayah Yani kelihatan gelisah di atas sejadahnya. Dia memikirkan perkara yang telah diperkatakan oleh anak kesayangannya tadi.

"... 45 tahun hingga sekarang... kalau kiamat datang 100 tahun lagi...145 tahun diseksa .. atau bahagia dikubur?". Dia bermonolog sendirian.

Lalu dia tertunduk dan menitiskan air mata.


"Kalau dia meninggal dan banyak dosanya. Kiamat masih 1000 tahun lagi, bererti dia akan diseksa 1000 tahun?..'Innalillaahi WA inna ilaihi rooji'un'... "


Air matanya semakin banyak menitis, sanggupkah dia diseksa selama itu.


"Itu kalau benar kiamat lagi 1000 tahun tetapi kalau 2000 tahun lagi? Kalau 3000 tahun lagi? Selama itukah dia akan diseksa di kubur. Mampukah dia bertahan dengan tiap seksaan? padahal melihat adegan pukul di salah satu rancangan televisyen pun dia sudah tidak tahan untuk melihatnya?". Jiwanya penuh dengan monolog.

"Ya Allah..."

Dia semakin menunduk. Tangannya diangkat dan air matanya semakin membanjiri pipinya.

"Allahumma as aluka khusnul khootimah"

Berulang Kali di bacanya doa itu sehingga suaranya serak dan terhenti sejenak apabila terdengar batuk Yani. Dihampirinya anak kesayangannya yang sudah terlena dan membetulkan selimutnya.

Yani terus tertidur tanpa mengetahui betapa ayahnya amat berterima kasih kepadanya kerana telah menyedarkannya erti sebuah kehidupan dan kehidupan hakiki yang akan datang di hadapannya.


"Ya Allah, letakkanlah dunia ditanganku, jangan Kau letakkan dihatiku..."

secebis kata-kata dari aku....

salam...
kau orang mungkin dah selesai baca artikel tu yang aku ambil dari iluvislam...
aku bukan baik sangat...
sebab tu aku nak ingat diri aku sendiri dan kau orang semua....
cuba kita sama-sama renungkan....
adakah cukup bekalan kita untuk di bawa ke sana...
bukan hak aku nak nilai kau orang...
oleh tu kita sama-sama renung dan fikir adakah kita dah bersedia untuk menghadapi saat kematian yang tak tahu bila akan berlaku...
aku harap artikel ni dapat membantu aku untuk ke jalan pulang yang betul....

wsalam...
Alamin 313..
AKU RINDU AYAH
Salam...

tengah aku study road and pavement..sambil-sambil tu aku layari laman komuniti ukhwah..dalam melayari tu aku singgah dekat satu forum..yang bertajuk "pernahkah hilang orang yang tersayang.." dan aku dapat idea untuk kongsikan dalam blog ini..

Masa aku tingkatan 4 aku telah kehilangan seseorang yang amat penting dalam hidup aku iaitu ayah tercinta yang telah dijemput oleh Allah s.w.t. Masa tu baru 10 hari umat islam mula berpuasa...

aku anak yang paling rapat dengan arwah ayah..setiap malam sebelum tidur ayah akan suruh baca berita yang menarik dalam surat khabar(maklumlah ayah aku tak tahu membaca)..dan benda aku tak akan lupakan ialah apabila aku nak exam lepas sembayang ayah akan mengusap kepala aku...

ayah aku seorang yang tegas tetapi sebenarnya dia seorang yang penyayang..dia nak anaknya berjaya dalam pelajaran..ayah berkerja siang malam untuk aku dan adik-beradik aku bersekolah..baginya biarlah anak-anaknya dapat menjejakkan kaki ke universiti..dan sekarang semua anaknya telah mereliasasikan impiannya...

kakak aku sekarang telah menjadi doktor di sebuah hospital...aku sekarang tinggal sem last dan insyaallah lepas ni keluar akan jadi seorang Quantity surveryor..adik aku yang no 3 dalam keluarga menuntut di sebuah ipta dalam bidang perakaunan..dan insyaallah lepas ni akan menyusul adik-beradiku yang lain..nampaknya Allah dah menerima doanya...

Sebenarnya apa yang berlaku ada hikmahnya...
sebelum ayah dijemput Allah..dalam tahun yang sama aku mendapat tawaran ke MRSM tapi ayah berkeras menyuruh aku menolak tawaran tu..aku berasa kecewa sangat masa tu tapi selepas ayah meninggal dunia baru aku perasan..kalau aku terima tawaran tu mungkin family aku tak dapat support aku sebab yuran yang agak mahal...

Dan kalau nak ikut sebenarnya ayah aku tak membenarkan anak-anaknya terlibat dalam sektor pembinaan kerana baginya bidang ini paling mudah berlaku rasuah tapi aku telah melanggar arahannya..aku mengambil ukur bahan iaitu bidang yang paling mudah terpengaruh dengan rasuah dalam sector pembinanan..tapi aku telah tetapkan dalam hati ini bahawa aku nak buktikan bahawa pandangan tu tak betul..aku akan mengelak pekerjaan aku dari rasuah....

itulah ayah yang aku kenal seorang yang tegas,penyayang dan bertanggungjawab..sampai sekarang aku rindukan ayah..setiap kali aku membaca surat khabar aku akan ingat memori aku bersama ayah..kalau ayah tak faham apa aku baca..ayah akan suruh aku ulang semula..kalau ingatkan balik nak tergelak pun ada...

walaupun aku masih rasa tidak puas bersamanya tapi nak buat macam mana Allah lebih menyayanginya..aku akan sentiasa ingat dia dihatiku..hanya doa dan al fatihah yang menjadi utusan rindu sekarang...

Dialah Ayah yang hebat aku jumpa di Muka bumi ini...
syukur kepada Allah kerana mengurniakan Ayah yang terbaik di dunia ini...

aku berpesan pada aku dan kau orang...
jangan sia-siakan hidup ayah,mak,adik-beradik selagi dia ada disisi anda..kalau berada jauh dari dia orang rajin-rajinlah telefon mak dan ayah..kalau hari-hari pun tak apa..bagi sesetengah orang kata kalau telefon mak hari-hari anak mak lah,manjalah, x boleh hidup berdikari lah..tapi bagi aku lantaklah apa dia nak kata asalkan aku tak melepaskan hanya sekali peluang untuk menyayangi ayah dan ibu dan selepas ini kalau dia dah tak ada disisi kita baru kita nak menangisinya memang dah tak ada gunanya lagi...

Aku rindu Ayah...
Aku sayang Ayah...
Kau sentiasa dihatiku..
Kau lah inpirasiku...


Al fatihah...

wsalam...

Alamin 313
CINTA PADA MANUSIA...
Salam semua....

Tiba2 nk tido ni banyak pulak idea yang datang...tak boleh simpan sampai esok ni takut hilang pulak..

sebelum tido ni aku macam biase mesti melihat blog2 terbaru, post2 drpd member2 kt facebook dan plg penting dkt laman iluvislam mesti x akan dilupakan..

aku tertarik dengan 2 post..yg pertama dkt facebook dn yg kedua dkt blog seorang hamba Allah...

hr ni aku nk cerita tentang satu post dekat facebook aku yg menarik hati aku....
wlaupun 2 baris tp dalam maksudnye...

lebih kurang macam ni lh...

"ramai diantara kita yang akan berasa kecewa apabila kehilangan cinta seorang manusia yg masih belum mempunyai ikatan apa2 tetapi hanya beberapa kerap diantara kita yang akan menangis apabila kehilangan cinta Allah s.w.t."

macam tulh post itu berbunyi..

aku terfikir sejenak..
betul juge apa yg ditulis tu...

mengikut pemerhatian aku mealaui pegalaman sendiri& member2 aku...

memang betul apabila frust cinta ramai antara kita yang tak lalu makan,mandi tak basah dan tido tak lena dan paling menyedihkan ada yang sanggup mengambil jalan singkat dengan membuat perkara bodoh seperti membunuh diri kerana kehilangan cinta seorang manusia yang belum pasti dapat menjamin kebahagiaannya.

cuba ko orang fikir bertapa bodohnya kita yang terlalu menyanjung cinta manusia sampai sanggup membuat perkara yang tak boleh diterima akal..

tapi cuba ko orang fikir berapa kerap drpd ko orang menangis apabila kehilangan cinta Allah.

mudah cerita macam ni..
berapa orang daripada kita yang sanggup tak keluar rumah dan menangis apabila tertinggal daripada mengerjakan solat.walaupun kita tahu benda tu adalah tiang agama kita. mungkin ada tapi sebilangan kecil.

Ya Allah bertapa indahnya kalau kita boleh mengaplikasikan cinta yang agung kepada manusia kepada cinta kepada YANG MAHA SATU. ALLAH S.W.T.


cuba ko orang renungkan ape yang ditulis.aku tak suka menilai orang lain tapi menilai diri sendiri adalah lebih baik.

dan akhir sekali aku suka menulis ayat ni..

kita sebagai manusia yang ditinggikan darjat oleh Allah dengan akal fikiran boleh berfikir sendiri yang mana yang harus dipilih cinta pada manusia @ ALLAH S.W.T.

dan kepada yang baru frust bercinta jangan sanggup menghancurkan hidup sendiri..mereka tak rugi apa2 tp kita yg rugi....dan ingatlah Allah sentiasa bersama kita dan telah memberi jodoh yang terbaik untuk kita..

aku minta maaf kalau ada ayat yang ditulis menguris hati ko orang tetapi coretan ini ditulis untuk menyedarkan diri aku sendiri yang hina ini...

wsalam..

ALAMIN313
Ku Insafi Diri Ini


Kakiku melangkah lemah, membawa diriku ini yang kian goyah, terumbang-ambing di tiup arus modenisasi dunia yang serba canggih mengikut masa. Entah ke mana hendak dibawanya kaki ini.... ke sana tidak kena, ke sini tidak pasti, fikiranku kaku, serba tidak tahu....


Sunyi kota di malam hari ku tatap dengan mata yang jemu... entah kenapa, malam ini tidak seperti malam yang selalu, yang ku lalui dengan gembira dan berseronok dengan apa yang aku ada, bersama-sama rakan-rakan yang otaknya ‘gila’ seperti aku.


Ajakan kawan-kawan ku tolak dengan pandangan yang bosan. Seolah-olah aku sudah tidak berminat lagi dengan kegiatan yang rendah moralnya itu. Padahal selalunya akulah nombor satu. Entah kenapa, hmmm....(melepaskan keluh yang maha berat) seperti yang ku katakan tadi.... segalanya ku pandang jemu.


Arrgggh...! Apa ni? Apa maksud perasaan ku ini??


Ku pandang langit, mencari rembulan, mungkin ia dapat memberi jawapan.... sepi...Ku pandang bebintang terang, mungkin di situ jawapan kan datang.... sunyi...


Tiada siapa yang dapat memberikan jawapan kepada ku, Perasaan ku gundah dan resah, Mendesah mencari ketenangan yang tak pernah kunjung tiba.


Ku merenung jauh menembusi kegelapan malam...kala itu datang kembali kata-kata yang menghenyak hati ini, di atas sehelai warkah putih,Aku menyerah diri, kepada bait-bait indah yang menjunam keras hati ini...


Ku tulis warkah ini hanyak untukmu, Insan yang bakal bergelar suami...
“Wahai lelaki, kaulah bakal pemimpin kami, kau lah yang akan membentuk diri kami, menjadi seketul permata putih, atau seketul batu keras, yang kan membakar dirimu kembali....”
“Ketahuilah wahai lelaki, Nabi telah bersabda kepada kita ummatnya, mencari pasangan hidup berdasarkan 4 perkara..... Kecantikkan wajahnya, Harta yang ada padanya, Nasab keturunannya... tetapi carilah yang ada kefahaman agama padanya, kerna ia kan menjamin bahagia....”
“Wahai lelaki, kau Insan yang akan bergelar suami”
“Andai kau melihat pada harta yang ada, ketahuilah, ia tidakkan kekal juga, berkurangan selepas kau guna, dan apabila harta itu habis di mamah masa, apakah kau akan melihat pada diriku lagi?”
“dan... Andai kau melihat pada nasab keturunanku, ketahuilah... iman tidak mungkin diwarisi... kerna iman perlu kita cari... kita kaji dan di didik dalam diri... ada yang nasabnya tidak seindah yang disangka, tetapi dirinya, Subhanallah... menjadi contoh tauladan pada semua. Andai diriku tidak seindah seperti nasab ku yang indah pada matamu, apakah kau akan melihat pada diriku lagi?”
“Akhirnya agamalah pilihan utama... kerna aku mungkin tidak berwajah Cik Dunia (Miss World), dan aku bukanlah seorang hartawan dengan harta yang berjuta, aku juga bukanlah anakanda atau cucunda seorang raja yang hebat keturunannya... tapi sekurang-sekurangnya aku yakin, andai kau melihat pada agama yang ada padaku, kan ku serahkan segala yang ada padaku, untuk kau gunakan dalam perjuanganmu, kerna aku yakin, kau takkan mensia-siakan pengorbananku wahai bakal suamiku....”
“Tetapi.... apakah dirimu begitu? Sudah sempurnakah agamamu untuk membimbingku? Sudah kukuhkah pendirianmu untuk berpegang kepada syariat Allah dan ajaran Sunnah RasulNYA? Apakah kau yakin kau kan dapat membina sebuah keluarga yang bahagia bukan sahaja di dunia, bahkan kekal hingga ke syurga menanti???”
“Kerna bukannya kecantikkan, harta dan keturunan yang aku lihat pada dirimu... Mahupun kesempurnaan ilmu agama yang kukuh, cukup bagiku kau berusaha untuk mendalaminya, membuatkan diri ini terasa sudah bersedia... Bersedia untuk dibimbing oleh dirimu... sebagai Isteri kepada dirimu, lelaki yang bergelar suami...”
“...dan perempuan-perempuan Yang baik untuk lelaki-lelaki Yang baik, dan lelaki-lelaki Yang baik untuk perempuan-perempuan Yang baik...”
(Surah an-Nur : 26)
Kata-kata ini...
Di dalam warkah ini...Aduh!!!
Kini diriku rasa umpama ditusuk sebilah pedang panjang,Yang merobek-robek hatiku, yang gelap diselaputi hawa nafsu....

Ku Insafi Diri Iniwww.iluvislam.com
Oleh : Abu Hariz
Editor : naadherah
Taubat Maksiat
by Wali Band

Dengarlah Hai Sobat
Saat Kau Maksiatdan
Kau Bayangkan Ajal Mendekat
Apa Kan Kau Buat
Kau Takkan Selamat
Pasti Dirimu Habis dan Tamat
Bukan ku Sok Taat
Sebelum Terlambat
Ayo Sama-sama Kita Taubat
Dunia Sesaat
Awas Kau Tersesat
Ingatlah Masih Ada Akhirat
Astafighrullahaladzim
Ingat Mati
Ingat Sakit
Ingatlah Saat Kau Sulit
Ingat Ingat Hidup Cuman Satu Kali
Berapa Dosa Kau Buat
Berapa Kali Maksiat
Ingat Ingat Sobat Ingatlah Akhirat
Cepat Ucap Astafighrullahaladzim
Pandanglah Ke Sana
Lihat Yang Di Sana
Mereka Yang Terbaring Di Tanah
Bukankah MerekaPernah Hidup Juga
Kita Pun Kan Menyusul Mereka
Astafighrullahaladzim Repeat
Cepat Ucap Astafighrullahaladzim
Cepat Ucap Astafighrullahaladzim
Cepat Ucap Astafighrullahaladzim
kata2 editor...
ko org bacelh coretan dgn lirik diatas..
renungkanlah...
wsalam...
ALAMIN 313...
  • followers

    sembang santai


    ShoutMix chat widget

    Fikirkanlah.......

    About Me

    My photo
    Nama yg diberi oleh ma dan ayahku Mohd Al Amin. Menggunakan Nama pena Alamin 313 dalam blog2 dan laman sosial.Masih menuntut di uitm seri iskandar dalam course Quantity surveyor(insyaallah ni sem last aku).Minat dalam menulis terutama untuk isu semasa dan sukan.sebab tu setiap malam sebelum tidur ade 3 benda yg akan aku buat iaitu tengok berita yg blh menarik perhatian dalam akhbar online(Utusan Malaysia), ziarah blog2 member aku dan yang tak akan lupa lihat post dan forum terbaru di facebook,portal komuniti ukhwah dan iluvislam...