Kedatangan Dajjal...adakah kita dah bersedia...?
salam....

akhirnya aku akan menulis satu topik yang agak berat kali ni...pertama kali aku mengucapkan terima kasih kepada sahabat ku Mustaffa Bukhari yang bagi aku video sebanyak 50 episode yang bertajuk "The Arrivals"...

Dalam dokumentari ringkas yang menceritakan tentang DAJJAL yang setiap episode berdurasi 10 minits..video ini boleh di dapati di laman Youtube dan aku dengar cerita video ini telah beberapa kali di buang oleh pihak Youtube tetapi mereka tak pernah berputus asa untuk menyebarkan video ini...

Dalam setiap episode segala persoalan kau orang akan terjawab seperti siapa Bush sebenarnya,apa kaitan Bush dengan Pemaisuri Britain,kejadian 11 september dan motifnya,apa kena mengena firaun dengan Dajjal,tentang masjid Al-Aqsa,dan byk lagi info yang akan kau orang akan dapat...

tapi menariknya video diulas dengan baik setiap episode dan sampai satu masa aku terfikir adakah aku ni bersedia untuk berdepan dengan musuh utama kita "DAJJAL"..

video ini telah membuka minda aku dan menyedarkan tentang diri aku yang kita sebenarnya telah ditawan musuh....

aku akan berusaha untuk memasukkan semua episode dalam blog aku ni pada tulisan yg akan datang...
selaras dengan apa yang telah dicakapkan pembuat doumentari ini..

"tolong sebarkan video ini..kalau anda mampu anda buat satu doumentari yang lebih hebat daripada yang saya buat.."

itu lah kata-kata orang yang membuat dokumentari ini...

tapi aku nak beritahu video ini lebih hebat daripada KL DRIFT 2 yg sedang ditayangkan...

ko orang tengok sampai habis video ni..jangan tengok separuh kerana pada akhir episode satu kesimpulan yang sangat menarik telah dibuat oleh orang yang membuat dokumentari ini.....

dan aku sangat berharap...
"ayuh lah kita sesama umat islam bersatu..lupakan segala fahaman politik kerana disebabkan politik kita berpecah belah(ini telah dinyatakan dalam dokumentari yang menyebabkan punca utama islam berpecah belah disebabkan politik)..tak ada masa lagi..kita perlu bina satu kekuatan umat islam yang sekuat zaman dahulu yang boleh menggegarkan dunia....dan para ilmuan dan golongan cerdik pandai jangan terlalu ikut akan ideologi yang dibawa barat...dan janganlah kita terlalu taksub dengan hal dunia sampai secara kita tidak sedar yang kita telah ditawan musuh....."

wsalam...
dari aku....
0 Responses

Post a Comment

  • followers

    sembang santai


    ShoutMix chat widget

    Fikirkanlah.......

    About Me

    My photo
    Nama yg diberi oleh ma dan ayahku Mohd Al Amin. Menggunakan Nama pena Alamin 313 dalam blog2 dan laman sosial.Masih menuntut di uitm seri iskandar dalam course Quantity surveyor(insyaallah ni sem last aku).Minat dalam menulis terutama untuk isu semasa dan sukan.sebab tu setiap malam sebelum tidur ade 3 benda yg akan aku buat iaitu tengok berita yg blh menarik perhatian dalam akhbar online(Utusan Malaysia), ziarah blog2 member aku dan yang tak akan lupa lihat post dan forum terbaru di facebook,portal komuniti ukhwah dan iluvislam...